Terma & Syarat

Selamat datang ke Klikpakar.com. Klikpakar adalah subuah website online untuk pengguna menjual & membeli servis perkhidmatan dan produk digital online.

Sila baca terma & syarat dengan teliti sebelum anda mengunakan website ini, apabila anda daftar disini anda telah bersetuju dengan terma & syarat dan mematuhi syarat & terma tersebut.

 

Kata kunci :

Gig : Merujuk kepada servis atau produk digital.

Penjual : adalah pengguna yang menjual gig melalui Klikpakar.

Pembeli : adalah pengguna yang membeli gig di Klikpakar.

Halaman Gig : adalah sebuah halaman dimana penjual menerangkan segala info tentang gig yang dijual dan membolehkan pembeli membeli gig.

Halaman Transaksi : Halaman dimana pembeli akan berbincang dengan penjual tentang servis atau produk digital selepas membuat pembayaran,

Gig Tambahan : adalah gig yang ditawarkan lain dengan gig utama dan membolehkan pembeli untuk membeli gig lain dengan harga berbeza pada penjual yang sama.

Tempahan : adalah asas kepada pembeli dan penjual selepas pembeli membeli gig,

Baki Akaun : adalah pendapatan atau kredit yang ada pada akaun di klikpakar, ia digunakan untuk membeli gig lain atau menebus keluar duit tersebut.

 

Syarat Utama

  • Hanya yang berdaftar di klikpakar sahaja dibenarkan untuk membeli dan menjual. Daftar adalah percuma.
  • Gig di klikpakar ditawarkan dengan harga RM3 ke atas.
  • Pembeli membayar klikpakar untuk membuat tempahan. Selepas tempahan duit akan diberi kepada penjual.
  • Penjual mendapat level bergantung pada usaha dan reputasi gig yang dijual.
  • Pengguna tidak boleh menerima pembayaran atau membuat tawaran untuk melakukan tempahan di luar Klikpakar.com
  • Penjual mesti melakukan segala tempahan yang diterima dari pembeli dan tidak membatalkan tempahan tanpa sebab.
  • Klikpakar berhak mengunakan semua detail gig atau hasil kerja gig untuk tujuan pemasaran dan promosi.

 

Penjual

  • Penjual membuat gig di klikpakar membolehkan pembeli untuk mendapatkan gig yang dijual.
  • Penjual boleh membuat gig tambahan atau gig yang diminta dari pembeli.
  • Segala tempahan yang berjaya, duit tersebut akan dimasukkan ke baki akaun dan akan memperoleh 90% dari harga pembelian dan 10% untuk klikpakar sebagai komisen.
  • Penjual akan memperoleh duit gig tersebut selepas tempahan disahkan oleh pembeli sebagai selesai.
  • Jika tempahan dibatalkan, maka duit akan dikembalikan ke dalam baki akaun pembeli.
  • Gig yang dijual mungkin akan dipadam jika melanggar peraturan seperti :
    • Gig yang haram atau terdapat penipuan
    • Pornografi atau kandungan yang tidak sesuai
    • Gig dilihat spam
    • Gig yang mengelirukan pembeli
    • Gig yang melanggar hak cipta yang dilaporkan oleh pihak ketiga
  • Gig yang dipadam akibat melanggar peraturan, membolehkan akaun mereka akan diban.

 

Pembeli

  • Pembeli tidak boleh meminta pembayaran kepada pembeli mengunakan pembayaran di luar system pembayaran klikpakar untuk mengelakkan pembeli ditipu.
  • Pembeli boleh membuat permintaan gig yang diperlukan pada halaman yang disediakan.
  • Gig boleh dibeli melalui pembayaran paypal, kad atau bank tempatan.
  • Jika mempunyai baki akaun maka boleh membayar melalui kredit baki akaun.

 

Pulangan Duit ( Pembatalan Tempahan )

  • Jika terdapat pembatan tempahan gig, duit tersebut akan dipulangkan ke baki akaun klikpakar dan membolehkan untuk membeli servis lain atau menebus keluar duit tersebut ke akaun bank tempatan atau paypal.

 

Apa-apa soalan atau memerlukan bantuan? hubungi kami di facebook

Dikemaskini 26/1/2020